Dalam filem Nasib Si Labu-Labi yg diterbitkan pada tahun 1962, terdapat satu adegan di pementasan dimana lagi "Allah Selamatkan Kamu" telah dinyanyikan utk Haji Bakhil sebagai menghargai sumbangannya utk sebuah sekolah Anak-anak Yatim. Lagi yg sama juga telah digunakan utk filem "Tiga Abdul" yg dfiterbitkan pada tahun 1964. Lagu ini dinyanyikan bagi merai harijadi ke-71 saudagar kaya Tuan Ismet Ulam Raja, bapa kpd "Tiga Abdul".
Yg menarik dgn lagu ini bukanlah iramanya. Tetapi senikatanya yg lebih Islamik. Berbanding lagu "Happy Birthday To You" hasilan darat yg samasekali tidak berlandaskan elemen ketuhanan, lagu "Allah Selamatkan Kamu" cukup mengingatkan kita kpd ketuhanan yg Maha Esa, iaini Allah Taala. Ini bererti P.Ramlee sebenarnya amat prihatin terhadap aspek ketuhanan walaupun dlm penciptaan lagu.
Malangnya hari ini masyarakat cukup terjajah dgn lagu ciptaan barat. Rata-rata orang Melayu kontemporari sudah sebati dgn lagu2 barat dan bagi mereka lagu hanyalah sekadar lagu. Tidak lebih dari itu. Bagi mereka lagu tidak mengandungi nilai atau mesej. Ia sekadar halwa di telinga semata-mata. Mungkin sedikit-sebanyak ada kesan emosi. Namun ia tidak lebih dari sekadar musik atau seni utk cari makan bagi golongan yg tersisih dari arus perdana pendidikan atau kuasa kapitalisme....
Kesimpulannya, P.Ramlee sekali lagi telah memecah tradisi dgn mencipta lagu keraian dgn memasukkan unsur-unsur ketuhanan dalam musik dan filemnya secara spontan. Hakikatnya, ia merupakan suatu kaedah berdakwah melalui pendekatan seni lagu dan musik.
No comments:
Post a Comment