Thursday, May 12, 2016

P.RAMLEE MENGKRITIK GOLONGAN PERUNDING

Anda tentu masih ingat dgn perilaku Kassim Patalon selaku "TUAN PENASIHAT" yg wataknya diterajui oleh seniman Salleh Kamil dalam filem "Tiga Abdul" (1964). Kassim Patalon adalah peguam serta perunding peribadi Tuan Sadiq Segaraga, Saudagar barang-barang antik/purba. Dalam banyak hal, Tuan Sadiq amat bergantung kepada kata-kata nasihat atau idea si "perunding" (atau dalam sebutan hari ini digelar "KONSULTAN"....) dan enggan memikirkan sendiri sesuatu isu dlm memecahkan sebarang kebuntuan...

Sebenarnya apa yg berlaku atau cuba digambarkan oleh P.Ramlee dalam filem itu antara lain ialah sikap masyarakat yg terlalu bergantung atau percaya pada golongan "perunding". Walhal, perunding juga adalah manusia biasa yg penuh dgn cacat-cela, kebodohan, tamak-haloba, penipu, pembelit dan sebagainya lagi...

Hari ini golongan perunding semakin berkuasa dalam masyarakat. Apa saja projek perlu dirujuk kpd "pakar runding" terlebih dulu. Banyak jenis pakar runding. Bergantung pada bidang. Arkitek, kejuruteraan, keselamatan, perancangan strategik, kompetensi, HRD, akauntan, perbankan, penstrukturan, perundangan dan macam-macam lagi. Pendek kata, ada saja "pakar runding" dalam apa jua bidang sekalipun kalau anda mahu. Yang penting, tentukan bayarannya cukup...belum termasuk GST 6%....!

Hakikatnya kita tidak pasti samaada benarkah para perunding ini berwibawa, berpengalaman luas, bijaksana dan cukup berkelayakan. Atau mereka wujud atas dasar neo-liberalisme yang diwujudkan berteraskan ideologi kapitalisme yang rata-rata dikuasai oleh golongan korporat? Dan, bagaimana mereka boleh "hidup" mewah dan lumayan hanya dengan mempersembahkan sedikit-sebanyak idea yang dimanipulasikan agar kelihatan indah, hebat dan mengagumkan? Disinilah terletaknya fungsi kronisme dan nepotisme dalam menentukan jaringan yang terlalu kompleks menjadi lebih komplikated dan hebat wajahnya...

Hari ini ramai orang besar tidak dapat hidup tanpa "tuan penasihat". Tak kisahlah, apa yang hendak dinasihatkan. Yang penting, syarikat anda perlu ada "rubber stamp" dari perunding-perunding tersohor... Barulah ada peluang besar untuk mendapat projek-projek mega, biaya kewangan berjuta ringgit dan kontrak-kontrak yang bertali-arus..! Soal anda kena tipu atau dikelentong oleh sang perunding adalah tidak penting samasekali. Mana lebih hebat? Dapat projek "giga" atau projek "cicak"...?

Dan, jika anda cukup bijak, anda sendiri boleh membelit si perunding dan menjadikannya pecacai yang bakal menjilat najis-najis yang ditinggalkan sekiranya projek anda gagal...!

Thursday, November 19, 2015

P.RAMLEE MENGHUJJAHI ISU DARJAT DAN HIRERKI SOSIAL

MUNGKIN orang melihat filem "ANTARA DUA DARJAT" adalah satu-satunya filem yg paling hampir kpd realiti sosial hari ini kalau bukan memecahkan otak saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan, keningratan, ke-elitan adalah suatu perkara yg cukup mengental dlm semua corak masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Sebenarnya persoalan darah-keturunan bukanlah satu-satunya isu utama yg mewujudkan jurang sosial. Pemilikan ekonomi, kuasa (terutama kuasa politik...!), darah, keilmuan, keintelektualan, ideologi materialistik dan macam-macam lagi - telah menjadi batu-asas kpd semakin melebarnya hirerki serta jurang sosial dlm masyarakat.

Apabila dilantik sebagai "Direktor", P.Ramlee tidak bertangguh-tangguh lagi menghujjahi soal status quo dikalangan orang Melayu melalui filem "PENAREK BECHA" (1955). Selepas itu ia dituruti oleh filem-filem seperti "BUJANG LAPOK", "NUJUM PAK BELALANG", "MUSANG BERJANGGUT", "IBU MERTUAKU", "LABU-LABI", 'AHMAD ALBAB", "SABARUDDIN TUKANG KASUT" dan lain-lain. Filem "ANTARA DUA DARJAT" (1960) dilihat sebagai kemuncak pada kritikan P.Ramlee terhadap falsafah kedarjatan ciptaan manusia. Beliau bersungguh-sungguh "mencanai" sesuatu isu konflik sosial sesuai dgn tema sesebuah filem untuk disantapi oleh mana-mana generasi tanpa sebarang batas waktu. Sehingga hari ini setelah lebih setengah abad, "kritikan2" beliau terus "dinikmati" orang tanpa jemu... Ini kerana - ia adalah realiti sosial yg sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang - iaitu KEADILAN SOSIAL yg benar-benar menyeluruh dalam masyarakat...!


 #  Dialog dlm filem:  "..Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. 
                                      Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu 
                                      membanggakan keturunan yang tiada makna......!

Dalam filem "MASAM-MASAM MANIS" contohnya, dialog pertelagahan antara Cikgu Shaari dgn Mariani antara lain membabitkan kata-kata: ".....penyanyi, penari semua sama saja.......! Low class..!!" Maka dijawab oleh Mariani: "...apa cikgu ingat orang terpelajar macam cikgu semuanya High Class..?? ..kadang-kadang lebih KARAT lagi...!!" Sebenarnya babak ini adalah kritikan tajam utk golongan terpelajar yg menyangka mereka itu "High-Class" atau tergolong dlm kasta tinggi. Walhal terlalu banyak fakta yg membuktikan bahawa "golongan terpelajar" terbabit dgn korupsi, jenayah serta pelbagai bentuk gejala sosial yg merosakkan..!

Filem "LABU-LABI" umpamanya telah menyelitkan watak "TUAN MAGISTRET" (yg diwataki oleh P.Ramlee sendiri) dan watak 'TUAN DOKTOR" (yg dilakunkan oleh M.Zain) yg antara lain mengetengahkan kegilaan meletakkan pangkat, darjat atau kelulusan selepas nama masing-masing. Ini merupakan realiti sosial masyarakat hari ini yg gilakan pangkat, gelaran atau segala macam kelulusan atau panggilan yg diletakkan sebelum atau selepas nama masing-masing. Malah ia sudah menjadi "protokol" demi menggambarkan "wibawa" atau "status quo" individu.

Business Card hari ini tidak akan lengkap jika tidak dicatatkan gelaran jawatan seperti "CEO/President/Managing Director" dan "PhD/MBA/LLB/" atau "Ir/Ar/Cr" dan macam-macam lagi....! Betapa tidaknya. P.Ramlee telahpun "menceriterakannya" sejak tahun 1962 lagi..! Dan, sedar atau tidak, segala "nomenclature" ini tidak lain dari memperkukuhkan ideologi egoisme, kesombongan serta ketakkaburan individu dlm dunia materialistik hari ini... Inilah yg sebenarnya cuba diperkatakan oleh P.Ramlee dlm bahasa seni yg cekap dipamirkan oleh beliau...!




Dlm filem Antara Dua Darjat, sewaktu adegan pertarungan antara watak Razali dgn Tengku Mukri yg mencederakan kedua-duanya, Razali sempat menempelak dgn tajam: "Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu membanggakan keturunan yang tiada makna......!”  Dgn maksud lain, manusia ini adalah berasal dari satu tubuh yg satu - iaitu Nabi Adam a.s. Jadi, mengapa harus ada manusia yg gilakan darjat dan kedudukan hingga sanggup memijak-mijak, memperhamba & menjahanamkan orang lain?

Apakah hak seorang raja, sultan atau pemerintah hingga boleh menyembelih atau memperkotak-katikkan orang kebanyakan? Sedarkah mereka bahawa status mereka itu langsung tiada bezanya disisi Tuhan? Bukankah hanya iman dan takwa yg akan membezakan nilai seseorang...?? Malangnya, sehingga kini masyarakat masih tergila-gila kpd status dan darjat - yg telah menjadi faktor kpd perpecahan dikalangan masyarakat hari ini...! Dan, kegilaan kpd "kuasa" telah menambahkan keparahan, kekeparatan dan kebiadaban manusia kpd keturunan manusia itu sendiri...!



Filem "IBU MERTUAKU" (1961-62) yg ideanya berasaskan Ahmad Nisfu adalah pelengkap kpd kritikan besar seniman ini terhadap sistem kasta dlm masyarakat kontemporari. Tidak semestinya, seorang raja atau bangsawan, orang kebanyakan yg kaya-raya juga boleh menjadi "orang besar" yg cukup berpengaruh dan boleh melumpuhkan kemanusiaan. Demikianlah gambarannya.. P.Ramlee dikatakan telah menghabiskan lebih 6 bulan utk menggarap filem ini selengkapnya. Akibatnya, beliau terpaksa menanggung kos lebihan dari peruntukan asal sebanyak 60 ribu ringgit dgn menggunakan kewangan beliau sendiri. Demikianlah mahalnya harga sebuah kritikan sosial..!




Sebenarnya P.Ramlee tidak perlu diagung-agungkan - kerana beliau tidak pernah minta diagung-agungkan sewaktu hidup dahulu. Beliau cuma mengajak masyarakat berfikir dan merenung sejenak terhadap realiti yg wujud dlm masyarakat sejak dulu sehingga kini. Tugas seorang "saintis sosial" memang begitu - mengajak orang menggunakan otak atau melakukan percambahan idea. P.Ramlee secara jelas membantah sistem kasta atau hirerki sosial yg terus diamalkan oleh masyarakat elit, burjuis atau ningrat. Beliau melihat "ideologi" tersebut sebagai racun yg sebenarnya memusnahkan kekuatan dan ukhuwah masyarakat pada mana-mana zaman pun.

P.Ramlee - Beliau sendiri berketurunan ningrat (Teuku Zakaria = Tengku Zakaria...) namun beliau langsung tidak pernah berbangga dgn gelaran itu. Ini terbukti bilamana, namanya yg "cantik" ( - Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih) ditukar kpd nama biasa (- Ramlee bin Putih) pada usia yg masih terlalu muda. Dan, beliau menyenangi nama itu sebagaimana digambarkan melalui filem "Pendekar Bujang Lapok" beliau beliau menyebut: ".....nama saya Ramlee bin Putih....!". Bukankah ini terlalu unik utk seseorang yg jelas berkasta ningrat seperti beliau...? Dan, mengapa beliau lakukan ini - adalah kerana beliau cukup mengerti bahawa manusia ini sama sahaja - tiada beza walau sedikit pun! Ini adalah suatu kesedaran penting kalau kita mahu menjadi manusia yg baik dan berguna kpd manusia yg lain!

Terbukti bahawa P.Ramlee telah menggunakan bakat seninya utk memperbetulkan persepsi masyarakat yg sarat dgn kesesatan, konflik, kegilaan kpd kuasa, darjat dan materialisme kearah menjadi ahli masyarakat yg pemikir yg berpijak di bumi yg nyata dan kembali kpd jalan Allah Taala...!

Wallahualam..

Tuesday, June 16, 2015

P.RAMLEE DAN MALAM JUMAAT

Malam Jumaat adalah suatu malam yg mulia dan berkat. Namun kerapkalinya ia disalahertikan terutama oleh golongan ortodok yg masih terpengaruh dgn animisme. Orang Melayu terutamanya di hulu ada kalanya amat kuat berpegang pada amalan animisme yg bertentangan dgn aqidah Islam. Dan, walaupun Islam telah lebih 600 tahun bertapak di wilayah Melayu, namun amalan mempercayai makhluk-makhluk halus seperti hantu-setan dan macam-macam lagi masih mencengkam masyarakat Melayu kontemporari.




Menerusi tiga filemnya - PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959), NASIB DOREMI (1966), LAXAMANA DOREMI (1972), P.Ramlee mengkritik masyarakat yg masih beranggapan bahawa malam Jumaat itu adalah malam yg mengerikan. Malam yg penuh dgn misteri, penuh hantu-puaka dan lebih sesuai utk menuntut ilmu-ilmu hikmat, ghaib, ilmu persilatan atau yg seangkatan dengannya. Disebut sebagai malam "mengasah ilmu silat.." (dlm Pendekar Bujang Lapok). Manakala laungan-laungan sayup yg muncul pada malam-malam seperti itu adalah dikaitkan dgn suara bunian, jin atau hantu jembalang. Hinggakan masyarakat menjadi takut gara-gara pemikiran animisme yg masih kental dikalangan segelintir kaum yg masih melekat dgn amalan-amalan tahyul, syirik dan mungkar.



Hari ini masyarakat modern sudah banyak terpisah dari budaya animisme. Malangnya, golongan muda terutama yg masih dibangku sekolah kerap mengambil kesempatan utk melakukan adegan "stunt" yg juga dikenali sebagai "rempit". Malam Jumaat yg sewajarnya dipenuhi dgn zikir, doa atau amalan-amalan sunnah kerap dipenuhi dgn kejadian-kejadian yg berbeza seperti muzik heavy-metal, karaoke dan pelbagai agenda yg tidak sihat yg ada kalanya bertentangan dgn Islam. 

Malangnya pejuang-pejuang seni hari ini telah gagal utk bangkit menentang kekalutan ini menerusi kerja-kerja seni mereka. Ini kerana asas kpd aktiviti seni masing-masing ialah materialisme. Maka, perjuangan utk menegakkan moral, mentaliti atau memperbetulkan etika berfikir masyarakat jelas tidak akan kesampaian. Berbeza dengan P.Ramlee yg dengan tanpa segan-silu menyindir masyarakat agar menjadi lebih pemikir dan jangan terus-terusan bertakliq kpd ideologi-ideologi sesat...!

Sunday, May 10, 2015

P RAMLEE: ARTIS PEMALAS ATAU SEORANG SAINTIS SOSIAL?

BERMULANYA POLEMIK

Mari kita mulakan.
SEBERMULA, adakah sesiapa yang telah membuat kajian tentang hal ini? Kalau belum, nah, inilah waktunya utk membuahkan tesis kesarjanaan atau doktor falsafah. Atau, mungkinkah kita perlu menolak mentah-mentah perkara ini? Lantaran P Ramlee tidak pernah belajar dimana-mana universiti kecuali untuk membentang satu-satunya kertas kerja beliau (mengenai hala tuju musik tradisi Melayu) bagi Simposium Kebudayaan Nasional di UKM.

Pembentangan itu terjadi pada tahun 1971. Cuma sekeping kertas setebal satu mukasurat sahaja yang dibentangkan. Beliau mengupas tentang nasib musik tradisional Melayu yang kian malap dan dipinggirkan (tiada siapa sedar bahawa beliau juga sedang membentangkan nasib beliau sendiri dalam dunia musik!). Musik popular aliran barat dan hindustan cergas mencorak langkah mendominasi konteks musik tempatan pada waktu itu. Hingga sukar untuk dipastikan mana satu musik Melayu dan mana satu yang bukan Melayu. Dan tiada siapa ambil pusing kemanakah musik Melayu mahu pergi..



AL-KISAHNYA...

Lambakan lagu-lagu saduran hindustan dan barat menguasai pasaran tempatan. Sindiran P Ramlee dalam simposium tersebut diperihalkan (oleh pelbagai penulis) sebagai cukup ringkas dan spontan tetapi amat tajam. Hadirin cuma mampu berdekah-dekah, tidak lebih dari itu. Seolah-olah mereka sedang menonton versi filem-filem "Pendekar Bujang Lapok" atau "DoReMi" yang belum pernah ditayangkan. Pada akhirnya, tiada maklumbalas yang positif telah dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Simposium tersebut berakhir tanpa matlamat yg jitu tanpa sebarang resolusi untuk membela nasib musik-musik tradisional Melayu (dan mungkin juga nasib pemusik-pemusik tradisional klasik?).

Kita sering memerlukan suatu "wakeup call" untuk sedar diri dan mengucap panjang. Adakah ini memang budaya bangsa kita? Demikianlah juga dengan mentaliti penggiat-penggiat musik tempatan - perlukan "wakeup call" baru mahu sedar diri dan tahu diuntung? Hanya kebelakangan ini sahaja musik tradisional telah diberikan "tempat duduk khas" serta "tangki oksigen" dalam carta musik tempatan. Jika tidak ia tiada akan mampu untuk terus bernafas - akan tenggelam dibaham ombak dari timur dan barat....lupus dari lipatan sejarah orang yg tidak tahu harga sejarah..!

Sahibul hikayat, masih bertahan....itupun setelah melalui suatu "zaman lompang" yang cukup terumbang-ambing (pada pandangan mereka yang ambil kisah dengan musik Melayu) dan setelah adanya "kemahuan politik" untuk melihat musik tradisi Melayu tidak terus lenyap dari lipatan sejarah. Walhal P Ramlee telahpun menyuarakan kebimbangan beliau sejak awal-awal lagi. Demikianlah Melayu. Asyik bergantung kepada "peniup tetuang", baru mahu bangkit dan berjuang. Jika tidak, hobi utama mereka ialah "membuta", memanjangkan angan-angan dan berkonflik antara satu sama lain. Apa akan jadi pada bangsa Melayu kalau si "peniup tetuang" itu mati?


DEFINASI ATAU DEFINISI..?

Sebelum itu elok diperjelaskan apa makna ARTIS dan apa pula SAINTIS. Artis bermaksud orang yg membabitkan diri dlm aktiviti2 artistik (atau kerja2 seni..) seperti melukis, mengukir, melakar, menulis, bermain peralatan, menghasilkan seni lagu dan menyanyikannya, seni tenunan, pengkaryaan, perlakunan, pengarahan filem atau teater (atau seangkatan dengannya..), penghasilan pakaian, ketukangan dan apa-apa saja kerja kreativiti atau hasil seni yg diterimapakai atau dapat dimunafaatkan oleh masyarakat.

Manakala saintis pula bermaksud orang yang mengkaji "sains semulajadi" (natural science) utk menemukan atau menghasilkan sesuatu. Dlm bahasa mudah, saintis ialah orang-orang yg menggunakan pengetahuan saintifiknya utk menghasilkan sesuatu yg bersifat samaada kuantitatif atau kualitatif yg memberi munafaat kpd manusia dlm pelbagai aspek kehidupan seperti menghasilkan janakuasa utk penghasilan tenaga elektrik, mencipta engin efisyen minyak, mencipta teori-teori baru dalam pengurusan sosioekonomi atau pentadbiran awam dan macam-macam lagi. Jika ingin memahami secara lebih mendalam, anda dicadangkan utk mendaftar mana-mana program diploma/ijazah pertama (mungkin secara "part time"...) lantaran hari ini kebanyakan program-program ini mewajibkan pelajar mengambil kursus "Kaedah Penyelidikan" serta lulus. Ataupun, anda bolehlah melakukan pembacaan teks "Kaedah Penyelidikan" - utk memahami apakah objektif sesuatu penyelidikan itu dilakukan. Adakah utk berseronok-seronok, utk "syok sendiri", utk memburu pangkat dan darjat atau bermatlamatkan tujuan yg amat besar utk agama, masyarakat dan negara..??

Dari kupasan yg ringkas ini jelas memperlihatkan bahawa ARTIS dan SAINTIS itu seolah-olah tidak jauh bezanya. Kedua-duanya perlukan kajian & pembangunan (research & development). Kedua-duanya perlukan inovasi. Jika ada orang yg mengatakan bahawa artis tidak menggunakan otak, maka orang itulah yg tidak menggunakan otaknya. Artis ialah golongan yg cukup kreatif. Untuk itu, mereka perlu banyak melakukan penyelidikan. Dan, sudah tentulah mereka perlu berilmu dan bermetodologi. Tanpa ilmu dan kompetensi, tiada siapa yg mampu berkreativiti.

Sebagaimana seorang saintis, seorang seniman atau artis juga perlu banyak berfikir, merenung, mengkaji, membuat pelbagai perbandingan luar dan dalam. Spertimana saintis, mereka perlu merantau jauh meneroka pelbagai platform atau fenomena demi mewujudkan suatu landasan yg kukuh dlm pengkaryaan mereka. Jika ini tidak dilakukan, maka jadilah hasil seni mereka itu tidak lebih dari karya picisan yg tidak berkualiti, tidak jejak ke bumi, tidak bernas, tidak deduktik, gagal merangsang minda masyarakat, gagal meningkatkan daya kritis mereka dan tidak berharga....!





SAINTIS PERLU BERKELULUSAN TINGGI...?

P.Ramlee mungkin tidak pernah mendapat pendidikan tertiari secara langsung (sebagaimana kita?) dari mana-mana universiti. Mungkin juga beliau tidak sempat ambil LCE, MCE atau HSC. Atau mungkin perkara ini tidak pernah direkod dan dibongkar (jika beliau pernah mengambilnya dan lulus). Hal-hal akademik P Ramlee tidak pernah dibincangkan langsung dan dikaji oleh sesiapa selain dari memperkisahkan kenakalan beliau di Penang Free School. Kita kebankrupan modal apabila membicarakan pencapaian intelektual P Ramlee...

Pun begitu, P Ramlee ada memiliki sesuatu. Beliau lulus kursus bahasa Jepun (yang diambil secara persendirian) dan telah dianugerahi diploma (sebagaimana terpapar di Muzium P Ramlee). Itu sudah cukup membuktikan bahawa beliau memang berkeupayaan (dalam akademik) jika benar-benar diberi peluang dan biasiswa sebagaimana orang sekarang. Selama ini kita dimomokkan dengan cerita bahawa beliau menguasai bidang musik dan perfileman lantaran bakat selain minatnya yang mendalam serta ketiadaan pesaing. Kita memang gemar membuat proposition (tanggapan) & deduksi tidak berasas. Adakah cukup dgn bakat semata-mata...?

Bagaimana dengan ketekunan belajar dan mengkaji (walhal beliau diriwayatkan oleh yang empunya riwayat sebagai seorang yang malas membaca)? Logiknya, bagaimana beliau dapat menguasai bidang perfileman dan musik dengan sebegitu hebat kalau beliau hanya seorang insan pemalas? Pencapaiannya terlalu jauh untuk diatasi orang-orang yang memiliki diploma profesional, ijazah mahupun kesarjanaan dalam bidang-bidang tersebut. Sehingga kini tiada siapapun yang mampu memecahkan rekod beliau.


KEKUATAN P.RAMLEE

Tiada seorang profesor pun dlm negara ini mampu setanding dgn beliau dlm pencapaian seni. Soalnya, bagaimana mungkin seorang manusia pemalas, bodoh atau tidak berilmu mampu menghasilkan filem-filem besar dan musik yang kekal "evergreen" hingga ke hari ini? Ini bererti P Ramlee bukan manusia pemalas sebagaimana tuduhan2 yg dilontarkan. Tetapi beliau bukan pula sembarangan artis. Beliau adalah seorang pemikir dan pengkaji - seorang artis berjiwa saintis.

P Ramlee mungkin tidak berkelulusan (selain dari bahasa Jepun tadi). Namun begitu, ini tidak bermakna beliau seorang yang terlalu dangkal pengetahuan dan kompetensinya. Sebagai buktinya, pada usia semuda 26 tahun beliau telah menjawat jawatan sebagai pengarah di Studio Jalan Ampas, iaitu jawatan tertinggi dalam dunia perfileman selepas produser. Pada usia 27 tahun beliau juga telah dinobatkan sebagai sebagai Aktor Terbaik Asia 1956 (melalui filem Anakku Sazali) dan Penyusun Musik Terbaik (melalui filem Hang Tuah). Beliau juga telah memenangi beberapa award lain termasuk Filem Komedi Terbaik dan Artis Serbaboleh. Kesemuanya di peringkat Asia, iaitu peringkat antarabangsa. Bolehkah status setinggi ini dicapai oleh seorang yg bodoh, lembam, bahlul, pemalas...??

Jika dibuat perbandingan, tiada seorang pun seniman atau artis kontemporari yang mampu mencapai tahap seperti itu. Keupayaan beliau itu mungkin lebih memberangsangkan jika filem-filemnya dikeluarkan dalam berwarna (bukan dalam bentuk hitam-putih). Pun begitu, kemampuan beliau tiada dapat diragukan lagi. Kecuali oleh orang-orang yang benci kepada filem dan musik Melayu. Sehingga hari ini, belum ada sesiapapun yang mampu memecahkan apa-apa rekod yang telah dicapai nya. Jangankan memecahnya, mendekati atau menyamai pencapaian tersebut juga tidak mampu dilakukan, walaupun kita sudah memiliki modal serta jaringan teknologi yg tinggi.

Dari pengarahan filem, beliau adalah satu-satunya orang Melayu yang direkodkan sebagai paling banyak mengarah filem dlm jangkamasa hidupnya yg agak singkat. Beliau mulai mengarah pada tahun 1955 (filem Penarik Becha) dan disudahi dgn filem Laksamana DoReMi pada tahun 1972. Ini bererti beliau hanya sempat menjadi pengarah selama 17 tahun sahaja. Tetapi dlm waktu yg sesingkat itu jumlah filem arahan beliau ialah 35. Dari jumlah ini, 33 lakunlayar ditulis sendiri oleh beliau. Beliau juga turut menghasilkan musik latar utk 45 buah filem. Jadi, siapa agaknyamanusia Melayu hari ini yg mampu mencabar posisi beliau..? Jawabannya: tiada siapa yg mampu utk satu atau dua abad ini walaupun teknologi sudah ada utk manusia menghasilkan kerja-kerja seni sepantas lipas kudung...! Ini kerana "bakat" dan "ilmu" adalah dua benda yg berbeda, walaupun komplementari.



BAKAT ATAU ILMU...??

P.Ramlee adalah P.Ramlee. Jadi, bakatkah atau ilmukah...? Seorang manusia yg hanya sempat belajar diperingkat asas. Tidak sempat belajar lebih tinggi atas pelbagai faktor dalaman dan luaran berbanding artis hari ini yg paling tidakpun ada sijil SPM, kalau bukan diploma atau ijazah. Dgn sikapnya yg dirawikan sebagai lasak serta bebas-lepas sewaktu remajanya (yg hari ini bolehlah disejajarkan dgn budak-budak rempit yg tak sempat habis sekolah...) serta tekanan hidup selama 4 tahun sewaktu penjajahan Jepun, bakat seninya muncul tanpa disedari yg telah memberi kesan serta angin peralihan dari hidup yg tidak berpertanggungjawaban kpd suatu konsep hidup yg lebih berdisplin dlm lingkungan aktiviti kesenimanan.

Peluang menimba ilmu muzik secara kampongan adalah asas kpd pembinaan bakat yg lebih besar. Dlm tekanan hidup selepas perang yg dipenuhi kecamuk sosioekonomi serta pergelutan yg pelbagai, P.Ramlee masih berjaya membawa diri ke suatu era yg amat berbeza dan cukup mencabar di kota Singapura (tahun 1948). Kita harus sedar bahawa pada waktu itu Tanah Melayu sedang hebat dilanda angin nasionalisme politik selepas kegagalan partai KMM mengistihar kemerdekaan negara seiring dgn pengistiharan oleh Indonesia sebaik sahaja Jepun tewas. Lompang kosong dgn segera dipenuhi oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) telah gagal utk membendung keganasan Partai Komunis Malaya selain terpaksa menerima hakikat bahawa angin peralihan sudah tiba utk memerdekakan Tanah Melayu yg telah dijajahi sejak lama...

Selain itu, proses pengkaryaan P.Ramlee harus dilihat sebagai amat mencabar. Selain dari konteks pembikinan yg "dijajah" oleh jerung-jerung dari Hong Kong yg lebih berminat menggunakan pengarah-pengarah murahan dari India, perbicaraan atau penekanan sosiopolitik pengkaryaan beliau amat dihimpit oleh pengaruh luaran dan dalaman yg cukup genting utk dihujahkan. Namun beliau berjaya melakukan suatu bentuk reformasi terutama dlm konteks tema dan falsafah pengkaryaan tersebut. Meskipun musik atau filem-filem beliau kebanyakannya terlalu spontan bersahaja, ia "MASIH" berpijak pada asas kemelayuan kontemporari yg kukuh.

Dalam ertikata lain, ia berpijak pada asas ilmu dan peradaban Melayu yg kuat, jitu dan mendalam....walaupun pada dasarnya Melayu hanya satu bangsa yg "BARU" yg hanya muncul pada abad ke sebelas atau duabelas. Mungkin istilah "peradaban Melayu" itu sendiri terlalu kompleks utk dikupas oleh otak-otak pengkaji Melayu lantaran kita "orang baru" dlm dunia peradaban. Tak kisahlah. Itu terpulang kpd individu utk memberi definisi masing-masing...

Tetapi bakat beliau dalam bidang musik dan perfileman telah cukup untuk membuatkan beliau terlalu sibuk untuk terbabit dalam akademik. Kalau ditakdirkan umur beliau panjang, tiada yang lebih layak untuk diberikan jawatan akademik selain dari profesor emeritus dalam dunia perfileman, musik, penulisan skrip, screenplay dan beberapa genre seni yang lain. Ini kerana keupayaan beliau meninggalkan impak yang mendalam dalam bidang-bidang ini.

Bukanlah bermakna beliau terlalu pakar dalam serba-serbi. Tiada manusia yang dilahirkan pakar dalam segala segi. Namun kepakaran beliau dalam bidang-bidang yang dinyatakan tadi adalah terbukti jelas dan nyata walaupun mungkin ada yg menolaknya atas sebab-sebab tersendiri. Bakat adalah anugerah Allah Taala. Jadi, siapakah yg paling layak dikagumi? Manusia atau Maha Pencipta...? Insan dianugerahi bakat utk diimplementasi dgn sebaik mungkin.. Namun, tanpa kekuatan ilmu, bakat pasti berkarat, terpendam, terbenam, tersesat dan sukar utk dibongkar secara realistik dan berkesan...! Apa pendapat anda...?

SAINTIS...?

Sesiapa pun boleh digelar saintis kalau ia menggunakan ilmunya dgn tepat dan jitu dlm mengerjakan sesuatu. Bukan sekadar tertakluk kpd jawatan "saintis", "penyelidik", "profesor" atau sandangan-sandang yg memerlukan kerja-kerja eksperimentasi, penyelidikan inovasi, amalan2 makmal atau kerja-kerja seperti itu. Bila kita menggunakan otak utk memikirkan sesuatu keputusan, kesimpulan, dapatan atau hasil kajian dgn berlandaskan metodologi yg saintifik (kuantitatif atau kualitatif...) maka itu dikatakan amalan yg saintifik. Maka hasilnya juga saintifik. Tidak semestinya melibatkan peralatan teknologi yg canggih-manggih. Dan, dalam pembikinan sesuatu hasil seni seperti musik dan filem, proses saintifik atau perlandasan ilmu adalah cukup ketara. Tanpa ilmu saintifik, sebuah opera bodoh (sekalipun) tidak mungkin dapat dipentaskan. Bezanya ialah fokus, kedalam & kejituan hasil yg dibentangkan...

Ringkasnya, sesiapa pun berhak menjadi "saintis" kalau beliau memiliki keinginan yg kukuh, melakukan kajian demi kajian, pemerhatian, pembacaan, "brainstorming" & melaksanakannya dgn sebaik mungkin berlandaskan teras-teras keilmuan atau teori-teori yg diterimapakai oleh masyarakat kontemporari...!




ATAU, SAINTIS SOSIAL...?

Sama sahaja kaedahnya. Jika ada membabitkan penggunaan kaedah kualitatif atau kuantitatif, maka ia umumnya saintifik. Sebabnya: kedua-duanya ada proses pengukuran serta triangulasi (membabitkan lebih dari satu teknik penyelidikan..) yg akan menghasilkan kesimpulan yg boleh diterima pakai. Sains sosial lebih terbuka berbanding sains tulin yg amat bergantung pada eksperimentasi dalam makmal yg khusus dan cukup berprotokol. P.Ramlee dlm menghasilkan pengkaryaan filem-filemnya amat berasaskan proses pengamatan sosial, survey atau dlm bahasa mudah - menggunakan kaedah kualitatif. Lantas, kita bolehlah menyimpulkan bahawa beliau kerap menggunakan pemerhatian, pengumpulan data secara kualitatif (sebagaimana yg dilakukan oleh penyelidik sosial/saintis sosial) dlm menghasilkan karya beliau. Ini bererti beliau bukan sekadar seorang karyawan filem/seni, malah tanpa disedari beliau (juga) adalah seorang SAINTIS SOSIAL...

KESIMPULANNYA?

Anda kajilah sendiri...baru dapat jawaban sebenarnya...! Utk menjadi "saintis", kita perlukan ILMU, bukan IJAZAH. Utk beroleh ilmu, rajin-rajinlah belajar, membaca, mengkaji, mutlaah, menyelidik & berfikir. Ada penggiat seni yg seangkatan dgn beliau mengatakan bahawa P.Ramlee adalah seorang manusia pemalas. Adakah ini benar?

Bagaimana seorang pemalas boleh mengarah sebanyak 3 filem setahun selain mencipta lagu, menyusun musik utk filem rakan-rakan, menulis skrip, berlakun, menyanyi dan macam-macam lagi...? Adakah seorang pemalas mempu memenangi oskar aktor terbaik Asia (1956), Lagu Terbaik (1956), Komedi Terbaik (1959, 1960 & 1964), Most Versatile Artist (1963)....- pencapaian-pencapaian yg tidak pernah tercapai oleh seniman Melayu hari ini...!

Dan itu semua hanya dilakukan dalam jangkamasa tidak sampai 22 tahun...? Bagi para pengkritik beliau, cuba kaji diri anda - apakah yg sudah anda capai selepas 22 tahun menjadi seniman atau saintis...???

Al-Fatihah utk P.Ramlee...!


Wednesday, March 4, 2015

SULTAN MELAYU PADA PERSPEKTIF P.RAMLEE

Bagaimana P.Ramlee melihat SULTAN atau Yang DiPertuan bagi negeri Melayu? Adakah beliau terlalu memuja kpd prinsip kesultanan Melayu atau beliau cukup kritis? Jika diamati dgn teliti, beliau tidak pernah berlakun sebagai SULTAN. Kerap-kalinya, beliau banyak berlegar dgn watak2 separa antagonistik dan adakalanya separa protagonis. Jadi, ia amat bergantung pada jalan cerita yg dipilih. Mungkinkah ia suatu kebetulan jika beliau tidak pernah memilih watak sebagai pemimpin utama, penghulu atau sang pemerintah dlm sesebuah filem itu? Peranan tertinggi pernah beliau sandang ialah sebagai "Nila Utama", iaitu anak angkat sultan dlm filem "Musang Berjanggut". Itu saja. Manakala watak Ahli Nujum Negara (dlm filem "Nujum Pak Belalang") bukanlah watak seorang pemimpin. Begitu juga watak Hang Tuah atau Laxmana DoReMi yg masih berstatus "datuk panglima", masih belum mengatasi status datuk menteri atau putera mahkota.

Kenapa P.Ramlee enggan memilih watak sebagai SULTAN? Sudah barang tentulah ada motif utama disebalik tindakan ini. Walhal, sebagai seorang direktor, beliau bebas memilih apa saja watak yg diingininya. Jadi, bagaimana harus kita mentafsirkan realiti ini? Apa pandangan peribadi anda?

Berbalik pada persoalan asal. Adakah P.Ramlee sekadar seorang "seniman biasa-biasa sahaja" atau seorang pemikir sosial? Jika beliau seorang aktor biasa-biasa saja, sudah tentu watak RAJA menjadi buruan atau sesuatu yg cukup signifikan dlm kerjaya pelakun. Bukan senang utk mendapat peluang menjadi sultan - samaada didalam layar putih apatahlagi diluar filem. Dan, bila kita menjadi sultan, penghulu atau pemerintah, kerjaya lakunan kita akan lebih stabil lantaran populariti yg digapai melalui watak itu. Seniman Haji Mahadi contohnya, amat sinonim dan tegar dgn watak raja, sultan, ulamak mahupun penghulu. Beliau menjadi penghulu bunian dlm filem "Sumpah Orang Minyak" dan menjadi sultan dlm filem "Hang Tuah". Beliau cukup serasi dgn watak2 seperti ini berbanding watak2 dramatik, playboy, agresif atau ganas. 

Tetapi P.Ramlee memiliki perspektif beliau yg tersendiri terhadap konsep kesultanan itu sendiri. Mungkin lantaran itu beliau tidak pernah mengambil peluang walhal beliau mampu. Peranan yg paling digemari ialah watak yg membolehkan beliau mengkritik golongan ningrat aristokrat serta "memperbetulkan" kepincangan mentaliti mereka. Ini dilakukannya dgn licik dlm filem "Nujum Pak Belalang", "Musang Berjanggut" dan "Antara Dua Darjat". Konflik serta jurang sosial yg dicetuskan oleh kegilaan terhadap status quo (atau darjat) cukup diperjelaskan dlm filem "Ibu Mertuaku", "Penarik Becha" juga "Antara Dua Darjat". Hingga hari ini isu perbezaan darjat dan jurang sosial masih kekal membelenggu masyarakat kontemporari hingga mewujudkan fenomena kronisme dan nepotisme yg agak melampaui batas-batas akal.

Jadi, bagaimana P.Ramlee melihat sultan, raja atau lebih tepat lagi "sang pemerintah"? Beliau sendiri hidup miskin dan terhimpit pada bahagian akhir kehidupannya tanpa sebarang pembelaan oleh sang pemerintah. Adakah ini suatu hukuman atau balas-dendam (oleh golongan aristokrat...) keatas beliau? Satu dunia tahu beliau telah dibuang kerja oleh majikannya (SB-Merdeka Studio) pada penghujung kerjaya beliau hingga terpaksa membuka "kedai majong" utk menyara kehidupan sekeluarga. Walhal pada ketika itu pelbagai agensi sudahpun wujud utk membantu merangsang pembangunan sosioekonomi golongan bumiputra seperti MARA dan lain-lain. Tetapi mengapa P.Ramlee langsung tidak dibantu...? Mungkinkah "tiba gilirannya" utk "sang aristokrat" menebus kembali segala bentuk kehinaan (?) atau kritikan yg telah dilemparkan oleh Ramlee selama beliau di tampuk "takhta" sebagai seorang pengarah filem yg tersohor dan seperti "untouchable" oleh tangan2 "pemerintah"....?

P.Ramlee dgn bakatnya yg besar dlm pelbagai genre seni akhirnya rebah tidak bangkit-bangkit lagi di persada budaya negaranya sendiri! Bagaikan suatu konspirasi halus. Walhal Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) sendiri (jika mengikut pada catatan orang terdahulu..) yg mengajak beliau pulang ke tanahair demi meneruskan pembaktiannya kpd kesenian negara. Tetapi bila Ramlee kembali, beliau telah diabaikan. Cita-cita beliau utk menjadi produser filem sendiri lenyap bagai embun di tengahari. Tiada satupun bank sanggup memberi pinjaman walaupun kertaskerja cukup kemaskini. Dan, kemana perginya MARA, bank-bank pemerintah serta lain-lain agensi? Adakah mereka turut terbabit dlm konspirasi utk meranapkan P.Ramlee....??

Jika benar memang wujud suatu konspirasi (atas dasar balas dendam..?), janganlah hingga hari ini kita masih terus melancarkan konspirasi terutama keatas golongan yg benar-benar memperjuangkan kebenaran serta keadilan sosial. Hari ini sultan dan raja hanyalah sebagai suatu simbol kpd sejarah kewujudan kerajaan-kerajaan kecil Melayu di wilayah ini. Sudah banyak sultan yg terhapus atau pupus seperti kesultanan Patani, kesultanan di Sabah dan Sarawak, Melaka, Singapura dan lain-lain tempat. Hari ini negara ini wujud sebagai sebuah demokrasi, bukannya feudal. Jadi, kuasa itu terletak ditangan rakyat, bukan raja atau segelintir apparacik-apparacik politik yg taksub pada kuasa...!

Hari ini perspektif yg dirangsangkan oleh P.Ramlee sekadar menjadi bahan utk orang bergelak-ketawa. Mereka tidak serius cuba memikirkan intipati atau apa yg tersirat disebalik perspektif tersebut. Hari ini masyarakat lebih memburu materialisme, keuntungan peribadi, monopoli kuasa serta melepaskan tengkuk masing-masing. Filem-filem P.Ramlee sekadar menjadi "filem Melayu Klasik" - tidak lebih dari itu. Tidak perlu diletakkan "nilai sejarah", lantaran masyarakat hari ini sudah tidak tahu menghargai sejarah..!!

Friday, February 13, 2015

P.RAMLEE: PROMOSI SIKAP DERMAWAN PEMURAH

BANYAK sekali filem-filem beliau yg memaparkan adegan2 yg sebenarnya bukan sebahgian dari plot tetapi telah dijadikan suatu plot khas serta agenda beliau dlm membentuk kesedaran masyarakat. Apa yg saya maksudkan disini ialah mempromosi sifat dermawan serta gemar memberi. Filem2 yg ada mempromosi sifat2 pemurah termasuklah filem "ALIBABA BUJANG LAPOK", "SABARUDIN TUKANG KASUT", "TIGA ABDUL", "NUJUM PAK BELALANG" & "ANAK BAPAK". 

Jarang sekali orang rajin memaparkan atau cuba mempromosi sifat2 pemurah jauh sekali dalam filem. Tetapi berbeza dgn P.Ramlee. Beliau benar2 mengusahakannya. Agar bangkit kesedaran di kalangan kita utk rajin menderma & menghulur apa jua bantuan kpd golongan yg memerlukan. Dlm kehidupan sebenar, sebagaimana yg dihikayatkan oleh Seniman Ahmad Daud, "kalau pasal menderma, tiada siapa boleh lawan beliau....!" walaupun pada hakikatnya beliau bukanlah seorang yg kaya berharta. Itu sifat sejati beliau yg harus dicontohi.

Dlm filem "NUJUM PAK BELALANG", beliau telah mengarahkan anaknya si Belalang utk memanggil seberapa banyak orang miskin utk beliau berikan sedekah (sebaik saja dinaikkan pangkat sebagai "Ahli Nujum Negara"...). Coba kita banding hari ini kalau ada yg sudi berbuat demikian sebaik saja naik pangkat...? Yg biasa dibuat oleh manusia hari ini ialah menjamu kroni2 dihotel-hotel atau premis2 yg eksklusif. Belum ada kedengaran perkabaran utk "majlis memberi sedekah/derma terbuka...". Itu tidak mungkin terjadi. Makhluk hari ini adalah makhluk yg haloba & terlalu kikir bagai "Haji Bakhil bin Lebai Kedekut" atau lebih bangsat dari itu lahabnya...!

Mesej2 sampaian P.Ramlee melalui adegan2 pemberian derma, "membayar zakat" (...dlm filem "TIGA ABDUL..") dan lain2 itu tidak lain bagi menyedarkan manusia bahawa kita WAJIB melunaskan zakat dgn apa cara sekalipun. Hari ini ramai orang kaya, hartawan, tokoh korporat, berkuasa (samaada ekonomi atau politik..!) tetapi tidak ambil kisah dgn kehidupan masyarakat tertindas. Akibatnya, jurang sosial antara si kaya & si miskin kian bertambah luas & parah. Kesannya, gejala2 sosial seperti merompak, menyamun, mencuri dan sebagainya semakin berkembang-biak & berleluasa di merata wilayah. Keadaan jadi bertambah buruk dgn kadar CPI (costumer price index) & inflasi yg kian meningkat diikuti kadar mengangguran meningkat naik serta harga barang & kos hidup yg sudah diluar kawalan...!

Hari ini kadar kemiskinan tegar semakin meningkat seiring dgn peningkatan jumlah si kaya dan jutawan dlm negara. Disesakkan dgn jumlah peluang pekerjaan yg kian merosot, kadar kemiskinan pasti akan jadi semakin kritikal. Sedang kita berangan-angan utk jadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kita lupa utk menyelesaikan benda2 asas yg mendasari foundasi masyarakat - iaitu kesaksamaan, keadilan sosial, hak atau peluang utk hidup yg samarata. Bagaimana kesejahteraan boleh dicapai jika jurang antara si miskin dan sikaya terus melebar jauh? Bagaimana kemiskinan boleh diatasi jika nilai wang semakin jatuh sementara kos hidup semakin tinggi & memeritkan? Bagaimana kesengsaraan boleh diobati jika sikaya & kasta brahma tidak pernah ingin "memberi"..?

Statistik tahun 2009 membuktikan bahawa negara memiliki 927,045 syarikat berdaftar & 4,362,124 jumlah perniagaan. Ini angka 2009. Hari ini jumlah "orang kaya" negara sudah melebihi sejuta. Bagaimana dgn zakat? Ambil satu contoh: kutipan zakat Perak hanya mencapai RM385.99 Juta sepanjang 2001-2010. Ini bererti purata kutipan setahun cuma RM38.599 juta (RM3.22juta sebulan..) berbanding jumlah penduduk seramai lebih 400,000 orang..! Bermaksud: satu penduduk cuma mampu membayar RM8.05 sen sahaja sebulan..??? Atau, kita sememangnya terlalu bakhil bin kedekut..?? Jika ikut kiraan mudah, sesiapa yg bergaji RM1000 sebulan sepatutnya mampu berzakat /atau derma sebanyak RM25 (...RM10juta sebulan = RM120juta setahun..!).

Demikianlah KIKIRNYA masyarakat di negara ini dlm soal menyumbang. Dan, apabila GST dikuatkuasakan nanti, kadar si kedekut & pak bakhil juga akan turut melambung naik..! Mungkinkah kutipan zakat atau derma juga bakal terjejas teruk..? Mari kita tunggu & lihat....!


Monday, January 19, 2015

P.RAMLEE: NASIB SEORANG SENIMAN DAN EKSPLOITASI SANG MAJIKAN

Filem "IBU MERTUAKU" adalah antara beberapa filem P.Ramlee yg dianggap sebagai "masterpiece" pengkaryaan beliau. Biarpun mesejnya dianggap mudah, namun filem ini dilihat sebagai sebuah filem yg paling sukar dibereskan pembikinannya. Beliau terpaksa mengambil masa 9 bulan utk menyiapkannya dan dihidangkan kpd penonton. Implikasi dari keterpanjangan itu ialah, beliau terpaksa menggunakan kesemua dana sebanyak RM60,000 (yg disediakan oleh majikannya - Shaw Brothers) kpd semua krew dan orang-orang yg terbabit dlm pembuatan filem itu. Dana itu ialah kos operasi atau bajet keseluruhan bagi filem itu termasuk bayaran gaji pelakun, krew dan keperluan logistik.

Hakikatnya, jumlah sebanyak itu masih tidak memadai. Walaupun "IBU MERTUAKU" telah memecah "box office", ia tidak bermaksud si majikan sudah berpuas hati dan "boleh memaafkan" kegagalan P.Ramlee menyiapkan filem itu "on-time"....! Beliau terpaksa membayar "gantirugi" yg dituntut oleh majikannya itu dgn disyaratkan mengarah dua buah filem disamping menggunakan bajet RM60,000 tadi utk membayar segala kos operasi tambahan. Kajian perlu dibuat samaada memang wujud ancaman utk membuang beliau dari Shaw Brothers (SB) atau tidak. Tetapi saya mengandaikan bahawa "memang wujud" ancaman besar kpd kerjaya P.Ramlee pada ketika itu. Sebagai manusia karyawan yg sedang berada di kemuncak "menara", tidaklah bermaksud "status quo" itu tidak boleh diancam. Sebagaimana anda, bila-bila masa sahaja sang majikan boleh lakukan kalau mahu menghumban anda dari puncak kerja.... Jadi, sebagai "pemakan gaji", beringat-ingatlah selalu...

Berbalik kpd P.Ramlee, demikianlah hebatnya cabaran seorang pengarah filem di zaman itu.  Walaupun cukup tersohor di peringkat negara dan Asia, itu bukanlah tiket utk menghindarkan diri  dari tindakan, manipulasi atau eksploitasi oleh sang majikan. Ini kerana majikan adalah kapitalis yg mendominasi modal, tenaga, kuasa dan pengaruh....! Ini patut dijadikan pelajaran pentiang buat semua...

Mungkin tidak ramai yg tahu bahawa P.Ramlee amat menitikberatkan kualiti berbanding kuantiti. Sebab itu beliau pernah mencadangkan Shaw Brothers mempertimbangkan penggunaan filem warna bagi menggantikan filem hitam-putih yg dianggap lapok dan ketinggalan zaman. Ini dijangka akan dapat meningkatkan persaingan filem-filem Melayu di peningkatan antarabangsa kerana filem-filem Hong Kong (markas SB...), Hollywood, Eropah dan hindustan sudah sekian lama diterbitkan berwarna. Dan, filem-filem ini telah berjaya mengungguli panggung-panggung tempatan walaupun mesejnya tidak seberapa dan tidak kemana.

Tetapi SB menolak mentah-mentah cadangan ini atas kepentingan komersialnya sendiri... Mungkin juga SB tidak pernah melihat filem Melayu sebagai "khazanah seni" bagi masyarakat Melayu serantau. Apa yg dilihat ialah setakat mana karyawan-karyawan Melayu boleh dieksploitasi dan sejauh mana syarikat boleh membuat sebanyak-banyak wang dari penindasan itu.  Sebagai industrialis dan kapitalis, perkara pokok ialah keuntungan maksimum melalui manipulasi dan eksploitasi yg maksimum....

Ini mungkin sudah lama disedari oleh P.Ramlee dan mereka yg seangkatan dgn beliau. Sebab itulah beliau pernah mengorak langkah mengemukakan kpd sang pemerintah (pada ketika itu..) utk mewujudkan sebuah badan yg akan menjadi teraju bagi bidang perfileman negara ini disamping dapat membantu karyawan-karyawan Melayu terus berkarya. Namun, pemerintah pada zaman itu masih terlalu daif utk menerima hakikat besar bahawa filem-filem Melayu adalah sebahagian dari kompilasi "khazanah sejarah umat Melayu" dan masyarakat itu sendiri. Jadi, cadangan besar dari seorang tokoh seni yg "besar" ini terkubur begitu sahaja. Akibatnya, karyawan-karyawan filem Melayu tempatan terus merundum dan gelandangan. 

Pada tahun 1964 P.Ramlee telah mengarah filem "Madu Tiga" dan "Tiga Abdul" sebagai penutup tirai pengkaryaan dan kerjaya  beliau dgn SB dan di Studio Jalan Ampas. Beliau berpindah ke Merdeka Studio di Ulu Kelang (bersebelahan zoo negara). Ramai yg tidak mengerti mengapa beliau mengambil keputusan itu. Tetapi sebagai seniman yg berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi, "hijrah" perlu dilakukan walaupun terkadang ia cukup berisiko. Sebenarnya beliau telah dijanjikan dgn segala bentuk "kesempurnaan" yg membolehkan beliau memperluaskan bakat serta pengkaryaannya. Kalau tidak kerana "janji manis" ini, belum tentu Ramlee akan mengorak langkah meninggalkan Jalan Ampas. Ini kerana tahap logistik di Jalan Ampas adalah lengkap, kecuali keengganan SB menggunakan filem berwarna. 

Malangnya, apabila tiba di Merdeka Studio, barulah pembohongan besar terbongkar. Bukan sekadar logistiknya teruk, malah fasiliti asas seperti kamera yg boleh membuat "long shot" pun tidak diadakan. Dan, tidak perlulah kita bercakap soal kostum dan lain-lain. Kebangsatan logistik di studio Ulu Kelang telah benar-benar menjahanamkan kualiti pengkaryaan filem-filem yg diterbitkan disitu meskipun ia bersarang dgn karyawan-karyawan besar seperti Omar Rojik, Jamil Sulong, Jins Shamsuddin, P.Ramlee dan ramai lagi. Malahan "sentuhan emas" karyawan sebesar P.Ramlee sendiri tidak mampu menyerlahkan sesuatu keajaiban. Sebaliknya ia memberi petanda "keghaiban" aura filem Melayu buat suatu  jangkawaktu yg amat panjang. 

Merdeka Studio benar-benar meranapkan bakat-bakat besar perfileman dan pengkaryaan Melayu. Dan, kali ini cita-cita besar P.Ramlee benar-benar berkubur buat selama-lamanya. Filem-filem hasilannya dikatakan tidak berkualiti. Pengarah besar ini dianggap kehilangan taringnya. Filem-filem "Enam Jahanam" dan "SiTora Harimau Jadian" dikatakan dibuat secara ala-kadar. Beliau dipersalahkan kerana gagal menyerlah & sudah tidak serius dlm berkarya. Hakikatnya ialah, Merdeka Studio adalah merupakan majikan yg paling kedekut yg hanya berselera utk mengeluarkan filem kos rendah. Tiada modal utk kostium. Jauh sekali utk menyediakan set. Buktinya, set-set penggambaran filem2 keluaran studio tersebut adalah yg terburuk pernah dihasilkan berbanding filem2 Jalan Ampas atau Cathay Keris. Dlm ertikata lain, lebih baik tidak payah buat filem kalau tidak mahu memenuhi kehendak skrip, nilai seni & pengarahan yg tulin. Kostium yg dipakai oleh para pelakon adalah antara yg terburuk, daif & langsung tidak menurut kehendak skrip & konteks cerita.

Demikianlah buruknya "karaktor" sang majikan. P.Ramlee pernah mendesak agar filem "Enam Jahanam" diwarnakan. Malah beliau pernah mencadangkan agar filem warna digunakan utk mengekalkan dayasaing filem2 Melayu (yg terpaksa bersaing dgn filem2 warna dari barat, hindustan, Hong Kong dan Indonesia). Tetapi pihak majikan hanya memekakkan telinga & hanya mempersalahkan pengarah2 Melayu yg dituduh tidak cukup kreatif! Bagi sang majikan, untung-rugi filem Melayu adalah bergantung kpd kualiti kreativiti, bukan pada modal, setting atau kostium. Demikianlah pembelitnya sang majikan yg tidak patriotik ini...! Alasan yg mengatakan bahawa filem2 P.Ramlee keluaran Hulu Kelang hanya merugikan syarikat adalah suatu pembohongan yg maha besar oleh Studio Merdeka. Jika benar filem2 beliau merugikan, bagaimana P.Ramlee boleh bertahan mengarah hingga tahun 1972...??

Pengalaman P.Ramlee hendaklah dijadikan iktibar oleh penggiat2 seni hari ini. Sejarah pasti akan berulang. Si taukeh filem atau muzik hanya akan mengekalkan anda selagi anda dapat memberi untung maksimum kpd beliau. Apabila anda sudah kehilangan kreativiti & energi utk terus menyerlah, nasib anda akan serupa seperti P.Ramlee, walaupun anda adalah pejuang seni paling tulin di mukabumi ini.

Jadikanlah kisah yg menimpa P.Ramlee sebagai suatu pengajaran kpd semua. Bukan sekadar kpd penggiat seni, malah utk sesiapa sahaja yg hidup sebagai "kuli" kpd "majikan"-nya. Jgn biarkan diri anda menjadi hamba kpd tindasan sang lintah darat...! Rancanglah kerjaya & diri anda dgn sebijak mungkin. Hari ini anda mungkin dipuja oleh sang majikan, mungkin esok anda akan dihumban keluar dlm tong sampah atau muara Sungai Klang...!




Thursday, January 15, 2015

Sindiran Penting P Ramlee Dalam Filem Ali Baba

Yg saya maksudkan ialah tiga benda: ganja, candu & belacan. Mengapa filem tersebut memaparkan orang jual ganja dan candu secara terbuka di pasar harian? Dan, kenapa pulak mereka terpaksa jual belacan secara "black market"? Kena berniaga ganja & candu diberi lesen sedangkan belacan tidak diberikan lesen? Tentu ada sesuatu yg terlalu sinis yg terselit disebalik adegan ini utk sang penguasa memikirkannya....atau, mari kita terus membutakan mata & hati kita.....!

Mengapa belacan diharamkan (tidak diberi lesen) sedangkan ganja & candu dihalalkan? Pernahkan tuan2 fikir apa yg tersirat dlm pemikiran P Ramlee pada ketika itu. Filem tersebut diterbitkan pada tahun 1960, iaitu lebih setengah kurun yg lampau. Apakah yg berlaku pada negara (terutama di Singapura atau bandar2 utama negara) pada ketika itu? Apakah perkara yg paling signifikan yg menjadi isu atau gejala sosial pada zaman itu?

Semua orang tahu perihal candu. Tetapi tidak ramai yg tahu bahawa wujud suatu bentuk dadah terbaru yg digelar "GANJA". Ganja menjadi cukup popular dikalangan masyarakat Melayu terutama yg terpinggir sejak seawal tahun 70an. Orang tanam ganja didalam pasu atau dihadapan rumah. Pokoknya tidak jauh berbeza dari pokok "bunga tahi ayam" jika dilihat sekali imbas. Orang menghisap ganja utk "stim" (lebih tepat disebut stimulasi..) tetapi berakhir dgn "halusinasi" atau "khayal" kerana dihisap secara berlebihan.

Dunia perubatan kita pada ketika itu masih terlalu mundur & tidak berupaya membuat ujikaji utk kenalpasti samaada ganja sesuai utk maksud perubatan atau sebaliknya. Namun, menurut sejarahnya, orang2 Melayu tradisional telah menggunakan tumbuhan ganja utk tujuan perubatan. Wallahu alam.

Berbalik kpd candu & belacan. Mengapa belacan jadi bahan terlarang? Ini adalah sindiran halus kpd para penggemar belacan (pada zaman itu....) agar lebih berhati-hati kerana ia dibuat atau diproses dlm keadaan yg kotor. Belacan yg dihasilkan pada ketika itu tidak mengambilkira faktor kebersihan atau kehalalan. Menurut ceritanya, mereka menggunakan kaki utk memijak-mijak & melumatkan udang kepai hingga hancur-lumat menjadi belacan. Mengapa kaki digunakan utk buat makanan? Semua orang tahu bahawa kaki adalah anggota tubuh yg paling kerap kotor, bernajis, berkudis, kurap dan lain-lain. Jadi, tuan2 bayangkanlah sendiri....masih kepingin makan belacan yg diproses dgn kaki yg berkudis...? Itu adalah teori...berasaskan apa yg dilihat orang di Penang (pada zaman awal dulu..).

Dan, candu, semua orang sudah maklum. Candu digunakan secara intensif oleh buruh2 asing di Singapura (& Malaya..) sewaktu era penjajah. Ia masih berterusan hingga tahun 70an. Barulah hari ini orang tidak hisap candu. Sebaliknya mereka seludup candu mentah utk cepat jadi kaya...! 

Hari ini dadah tercipta dlm pelbagai dimensi & bentukrupa. Akibatnya, kadar penagihan dadah tidak pernah turun walau sedikitpun. P Ramlee sudahpun "mengingatkan" bahaya & bahana dadah sejak tahun 1960 lagi. Jika kita tidak berhati-hati, suatu hari nanti dadah akan terjual di pasar lambak bagai filem Ali Baba Bujanglapok...

Thursday, December 25, 2014

P.RAMLEE: SINDIRAN BUAT SANG PEMERINTAH

ANTARA KEKUATAN P.RAMLEE ialah ketajaman sindiran sosiopolitiknya. Teristimewa utk sang raja serta golongan aristokrat yg mengelilingi seseorang raja. Ini banyak digambarkan terutamanya dlm filem "NUJUM PAK BELALANG" dan "MUSANG BERJANGGUT". Kisah Nujum Pak Belalang walaupun cuma sekadar hiburan komedi yg bersifat karya penglipur lara masyarakat Melayu purbawara, namun ia amat sarat dgn kiasan-kiasan penting dlm konteks kuasa tunggal sang raja. Para datuk menteri cuma sekadar bernaung dibawah sayap atau di celah ketiak raja semata-mata. Kecuali "Datuk Bendahara Paduka Raja" yg jadi "tuan penasihat" atau orang kanan raja. Tanpa Datuk Bendahara, sultan mungkin tidak upaya utk memikirkan "idea" terbaik utk mentadbir negara. Dlm ertikata mudah, kuasa serta pengaruh golongan aristokrat amat penting dlm penentuan halatuju negara.....Benarkah demikian?

Jadi, dalam konteks ini, "sang pemerintah" bermaksud kombinasi sultan dan orang-orang besarnya serta pegawai tinggi istana. "Sultan" atau "raja" akan gagal memerintah kalau ketiadaan "datuk-datuk" yg bersarang di istana....bagai semut-semut yg mengelilingi gula....tidak pasti..samaada mereka memperalat atau diperalatkan oleh sang raja..lantaran feudalisme atau monarki mutlak lambat-launnya tetap meninggalkan kesan buruk terhadap negara & warga...Buktinya, kesultanan Melaka roboh lantaran feudalisme yg terlalu zalim & buas!

Mengambil kisah dari pelbagai sumber mitos, lagenda mahupun dongeng rakyat jelata, segala idea-idea kritikal itu dirangkumkan menjadi kabaran penting tentang realiti sosial yg pernah berkembang-biak dalam masyarakat Melayu di pelbagai ceruk rantau dan sosiobudaya & akan terus berkembangbiak jika tidak di banteras dgn idea-idea yg lebih Islamik. Sejarah bawaan P.Ramlee walaupun cuma sekadar filem yg cuma ditayangkan selama tidak sampai dua jam sudah cukup utk menyerlahkan pelbagai bentuk kejahilan dan kealpaan yg wujud dalam diri seseorang pemerintah. Hakikatnya, mereka cuma sekadar manusia biasa. Yg menyebabkan mereka terlalu hanyut dlm gelombang status quo adalah kegilaan manusia terhadap "kuasa" dan "kekayaan" duniawi. Apatah lagi kalau ianya tidak berkebatasan & tiada siapa berani tampil kehadapan utk memperbetulkan keadaan.

P.Ramlee sebenarnya cuba menyedarkan masyarakat bahawa sistem kasta yg disengajakan oleh feudalisme adalah suatu alat yg menyebabkan wujudnya pemusatan kuasa serta jurang sosial yg akan terus berkekalan jika tidak dileraikan. Ini kerana feudalisme bukan sekadar wujud di zaman purbawara, malah hingga hari ini ia wujud dlm masyarakat Melayu modern. Hanya kita sahaja yg membutakan mata terhadap fakta yg tercegat didepan mata.....! Kenapa kita masih enggan mengambil iktibar..?

Hari ini "hegemoni" monarki ditampilkan dlm pakej "neo-feudalisme" yg dipersembahkan dlm pelbagai wajah. Mengambil peluang dari situasi masyarakat yg masih terbelanggu dgn mentaliti ortodok yg cukup konservatif, puak neo-feudalis terus mengekang dasar-dasar masing2 melalui wajah kuasa pelbagai dimensi. Puak ini wujud sebagai tekong2 pelbagai medan, media & waktu. Wajah2 mereka memenuhi hampir semua; ruang...bisnes, korporat, teknokrasi, diplomatik, pendidikan, entah apa2 lagi...(..jangankan politik!) Sudah tentulah politik menjadi platform prima dlm mengekalkan kuasa masing-masing..!??

Jadi, tepuklah dada tanya selera....jika anda tidak percaya kajilah apa yg tersirat dlm karya2 P.Ramlee....!


Saturday, October 26, 2013

P.RAMLEE: TOKOH INTEGRASI NASIONAL

SEDAR TIDAK SEDAR, banyak adegan-adegan yg mendokong kearah integrasi sosial dalam negara ini telah dipromosikan oleh P.Ramlee melalui filemnya. Sebagai contoh, dlm filem "SARJAN HASSAN" watak Ah Leng (yg diwatakkan oleh Leng Hussain) sebagai taukeh penjual sayur pada waktu siang dan "informer" atau "messager" (pembawa maklumat) pada waktu malam (utk Hassan..) adalah cukup signifikan, walaupun tidak ditonjolkan secara berlebihan. Leng Hussain juga membawa beberapa watak Cina dalam filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" (sebagai taukeh pembeli botol, suratkabar lama dan barang2 terpakai) dan filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" (sebagai tukang kasut). 

Filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" terutamanya boleh dilihat sebagai gambaran pemikiran seorang P.Ramlee yg globalistik kerana telah menyelitkan watak2 dari pelbagai negara seperti dari Jepun (dilakunkan oleh A.Rahim) serta pengisahan tentang penjualan belacan Penang secara "black market" (yg diseludup dari Malaya..), penggunaan skuter, basikal chopper, beca dan lain2 di kota Baghad.

Seperti dlm filem "Do Re Mi", filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" telah menyelitkan watak pelbagai bangsa dgn mengetengahkan watak bangsa punjabi, Cina dan lain-lain. Tetapi filem "GERIMIS" dilihat sebagai suatu langkah yg lebih ekstrim dlm idealisme integrasi nasional bawaan tokoh unik ini. Rata-rata, P.Ramlee tidak pernah lupa utk menyelitkan aspirasi ini dlm hampir setiap filem beliau. Filem "MADU TIGA" turut menterjemahkan pemikiran beliau kearah membentuk satu bangsa Malaysia yg bersatu. Didalam filem ini, sekretari beliau adalah seorang wanita tionghua. Malahan filem terakhir beliau di Jalan Ampas (filem "TIGA ABDUL") turut memaparkan peranan wanita Cina (sewaktu beliau cuba2 melakukan provokasi agar bapak mertuanya naik marah....sekiranya marah, ia akan dijual...!).

Bukan sekadar di filem. Lagu2 beliau juga banyak mengandungi nilai2 patriotik dan cintakan perpaduan. Contohnya: Zapin Malaysia; Kuala Lumpur dan banyak lagi... Semangat yg dibakar utk hidup sebagai satu bangsa Malaysia telahpun beliau perjuangkan sejak sebelum wujudnya sebuah negara yg bernama "MALAYSIA".... Sedar atau tidak, itulah realitinya. Sementara para politikus sibuk memperjuangkan ideologi politik masing2 yg terlalu perkauman, Ramlee dgn spontannya memperjuangkan integrasi nasional.... Tetapi siapa pernah sedar tentang fakta ini? Para pengkritik filem sendiri tidak pernah terfikir ke arah ini...

Jadi, adalah amat wajar jika negara mengiktiraf P.Ramlee sebagai salah seorang dari tokoh integrasi nasional.....!

Sunday, September 15, 2013

P.RAMLEE VS BUDAYA BERHUTANG

Dalam lagu "BEGINILAH NASIB" (yg dipetik dari filem "Ali Baba Bujang Lapok" terbitan tahun 1960) dijelaskan tentang beban hutang yg perlu dibayar. Ali Baba telah berhutang dgn kekandanya, Kassim Baba, seorang hartawan di kota Baghdad. Ali Baba banyak meminjam gandum dari abang beliau itu dan tidak mampu membayarnya hinggalah suatu ketika dimana beliau beroleh wang emas dari gua persembunyian 40 penyamun. Dengan wang itu, Ali berjaya melunaskan segala hutangnya. Malah, lebih dari itu, beliau melunaskannya dgn gandaan 300%...! Ini sesuatu yg hebat dan tidak akan termampu dibuat oleh kaki-kaki hutang hari ini..

Filem tersebut juga telah mendedahkan bahawa masyarakat hartawan turut tidak terlepas dari perangkap hutang-piutang. Ada yg sanggup merelakan dirinya dirompak atau dicolek semata-mata utk menghindarkan diri dari perangkap ini. Jika para hartawan burjuis  sendiri turut terjebak dalam lembah keberhutangan, apa agaknya yg dapat diharapkan dgn marhaen yg lebih terdedah kpd wabak kefakiran...

Isu hutang juga dibentangkan melalui filem "DoReMi" (1966) dan "Anak Bapak" (1967). Ia juga memperlihatkan bagaimana hutang-hutang itu wajar dibayar: iaitu melalui "harta mak" atau "harta bapak" dan bukannya melalui salahguna kuasa atau pecah amanah sebagaimana yg berleluasa dalam dunia korporat hari ini. Masyarakat kontemporari terutamanya golongan kelas atasan dan pekerja berkolar putih lebih gemar menggunakan peluang dgn memanipulasi kelemahan atau lompang-lompang yg wujud dlm organisasi masing-masing.

Dlm pada itu, keberhutangan ini sering dikaitkan dgn budaya hidup bergaya (bagi kelas aristokrat...) atau kemalasan berusaha (utk kelas bawahan...) atau akibat ketiadaan pekerjaan (sang penganggur...) lantaran kegagalan negara utk mentadbir dgn bijak..

Jika dikaitkan dgn kehidupan kontemporari, mungkin kita dapat menganalisis sendiri kenapa kita terbabit dgn hutang. Antara lain, mungkin kerana terpaksa membeli rumah kediaman, motosikal, kereta atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Mungkin juga utk membayar bil perubatan yg semakin meningkat kosnya dari masa ke masa. Harga minyak serta barangan-barangan konsumer yg kian meningkat serta nilai matawang yg semakin merosot turut menyumbang kpd peningkatan keberhutangan hidup...

P.Ramlee sendiri dipenghujung hayatnya kehilangan sumber sarahidup kerana kontraknya dgn EMI dan SB ditamatkan. Tidak pasti samaada beliau terbabit (atau tidak..) dgn bencana hutang sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Dlm ertikata lain, hutang bukan semestinya suatu budaya. Sebaliknya ia suatu fenomena sosial yg akan bangkit mencengkam anda jika kita tidak beringat-ingat dan berhati-hati... Ia juga akan mencengkam negara jika sang pemerintah lupa daratan, gila kuasa, tidak adil, tidak cekap dan menjadikan korupsi sebagai budaya dlm mentadbir negara...




Wednesday, May 15, 2013

P.RAMLEE MENGKRITIK AMALAN PERTAPAAN

Dunia persilatan dan perbomohan Melayu dahulu-kala tidak ubah seperti terpalit dgn amalan-amalan animisme, buddhisme serta amalan-amalan yg terkeluar dari pegangan hidup Islamik. Pada permulaannya ia mungkin tidak mustahil kerana Islam tiba di alam Melayu selepas animisme, hinduisme dan buddhisme. Maka, sebagaimana perubatan Melayu kuno, alam persilatan Melayu juga mungkin telah terpalit dgn ajaran karut-marut dari unsur agama-agama atau ajaran-ajaran sesat tadi.

P.Ramlee melalui filem "Pendekar Bujang Lapok" dgn beraninya telah mendedahkan kekarutan disebalik alam persilatan Melayu silam. Antaranya ialah upacara "mengasah ilmu" pada malam Jumaat guna memantapkan ilmu persilatan kononnya. Cara "mengasah ilmu" itu ialah dgn menjalani "pertapaan" yg ringkas di lokasi-lokasi yg sunyi, sepi dan "menggerunkan". Dlm filem tersebut, Aziz diarahkan bertapa dlm perigi buta; Ramlee diatas kubur orang yg mati dibunuh; Sudin bertapa di rumah kosong yg sudah lama ditinggalkan..

Kita semua sudah tahu "kesan" dari pertapaan itu. Tiga sahabat ini telah "gagal" dlm upacara ini & terpaksa mengulanginya pada malam yg lain hingga selesai. Mereka "akhirnya berjaya" (secara "default"...!) melaksanakan pertapaan itu kerana Pendekar Mustar sendiri yg "terpaksa" membatalkan kesinambungannya atas sebab2 yg kita semua sudah lihat...

Yg menarik bukanlah "pertapaan" itu, tetapi bagaimana P.Ramlee telah "menangkis" pemikiran-pemikiran karut kependekaran silam yg menebal dlm sanubari masyarakat Melayu pada zaman itu. Kita harus ingat: filem itu telah diterbitkan pada tahun 1959, dan mentaliti masyarakat Melayu pada era tersebut masih jauh terkebelakang dari apa yg terpahat dlm pemikiran P.Ramlee yg mungkin lebih "cerah" dan "saintifik"... Oleh itu, sindiran tajam dan kritikan beliau terhadap amalan "bertapa", "jampi-mentera" dan lain-lainnya itu telah "disamarkan" melalui aksi-aksi komedi yg dilakunkan. Tetapi jika dikaji dgn mendalam, kita dapat melihat bagaimana tegarnya P.Ramlee memprotes segala amalan-amalan tahyul dan menyesatkan ini yg secara jelas wujud dlm masyarakat Melayu di rantau ini.

Hari ini kedapatan sesetengah penerbit filem Melayu tempatan (dan serantau...) yg hebat mengetengahkan semula unsur-unsur ketahyulan dlm masyarakat setempat. Bukan sekadar filem, malah melalui drama dan lain-lain. Mereka bangga mengetengahkan sesuatu yg tidak memberi sebarang faedah kpd orang-orang Melayu umumnya dan pembinaan aqidah Islam khususnya. Yg penting, mereka boleh membuat kekayaan wang-ringgit dgn mempamerkan sesuatu yg tidak memberikan kesan positif kpd masyarakat Melayu serantau...

Bagaimana dgn pandangan anda pula...? Wajarkah kita memprotes pembikinan filem-filem atau drama-drama yg membesar-besarkan ketahyulan dlm masyarakat...?

Wednesday, May 1, 2013

P.RAMLEE: MEMBASMI KHURAFAT MELALUI SENI

Dalam filem "NASIB SI LABU-LABI" diselitkan sebuah paparan drama yg dilakunkan oleh Labu dan Labi dgn iringan lagu "ACI-ACI BUKA PINTU". Umum mungkin menganggap bahawa lagu dan drama itu tidak memilik sebarang makna dan tidak perlu diinterpretasi dgn lebih mendalam. Orangramai mungkin tidak sedar bahawa perbuatan serta kepercayaan khurafat masih berlegar-legar dgn ligatnya dlm masyarakat Melayu. Mereka cuma bergelak-ketawa dgn lagak lucu si Labu dan si Labu.

Hakikatnya, bukan itu yg dimaksudkan. Bukan kelucuan yg jadi matlamat akhir adegan "Aci-Aci Buka Pintu" itu. Sebaliknya, P.Ramlee ingin memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap syaitan, hantu mahupun jembalang. Ini bukan kali pertama P.Ramlee menyampaikan mesej sedemikian. Sebelum itu, dlm filem "Pendekar Bujang Lapok" beliau telahpun melemparkan sindiran paling tajam ditengah-tengah masyarakat dgn istilah-istilah "mambang", bertapa pada malam Jumaat, bertapa atas kubur orang yg mati dibunuh, bertapa di rumah yg lama ditinggalkan orang dan "hantu Jepun" yg bangkit menyerang..

Sebagai pemikir sosial, ini semua bukanlah khayalan atau paparan omongan kosong. Sebaliknya ia adalah mesej penting buat kita memikirkan dan mengupasnya bersama-sama. Khurafat dikalangan bangsa Melayu masih lagi berleluasa sehingga kini. Kepercayaan kpd kuasa-kuasa jin, hantu dan syaitan masih mengental dalam masyarakat Melayu pasca penjajahan. Kalau dahulu sang penjajah mungkin menggunakan khurafat utk menjajah minda Melayu, pada hari ini apakah alasan yg kita ada utk masih mengamalkan khurafat dlm kehidupan kita...? Sila jawab wahai pengamal-pengamal khurafat....!

Senikata dlm lagu "Aci-Aci Buka Pintu" sebenarnya membidas masyarakat yg masih mempercayai kuasa-kuasa hantu, jin atau jembalang. Walhal makhluk-makhluk itu tidak lebih dari mahluk ciptaan Allah Taala yg perlu dibenteras dari menganggu dan merosakkan aqidah umat Islam. Malangnya umat Melayu terlalu daif serta sempit pandangannya dan sekadar melihat paparan-paparan P.Ramlee itu tidak lebih dari kerja-kerja seni semata-mata...! Ini merupakan suatu kegagalan besar dlm sistem pemikiran umat Melayu...

Filem "SI TORA HARIMAU JADIAN" (...yg sudah lama diharamkan dari tayangan kerana, mungkin keterlaluan...!) juga cuba menyampaikan mesej yg serupa. Begitu juga dgn filem "NASIB DO RE MI" yg dipaparkan melalui adegan pawang, serapah-jampi, azimat dan tok-jin sewaktu Komeng mahu menanam azimat di hadapan rumah "mangsa"...

Dalam ertikata yg lain, P.Ramlee telah menggunakan sekurang-kurangnya empat buah filem sebagai platform beliau membidas kekhurafatan dikalangan masyarakat Melayu. Malangnya, pada hari ini terlalu banyak drama dan filem yg secara terang-terangan memaparkan kisah hantu syaitan, pontianak, saka dan sebagainya yg seolah-olah menggambarkan bahawa masyarakat hari ini sudah terlalu teruk terjebak dlm amalan khurafat dan syirik ini. Adakah ia bermaksud bahawa aqidah umat Melayu semakin rapuh dlm era serba modern ini..?  Adakah Melayu semakin terbelenggu dgn kekurafatan yg tidak mengenal batas..? Adakah sistem pendidikan hari ini semakin gagal membenteras isu khurafat walaupun teknologi pendidikan semakin hari semakin maju...? Dimana silapnya..?

Tuesday, April 30, 2013

P.RAMLEE: KISAH JIN LAPAR DAN JIN MISKIN

P.RAMLEE secara halus menyindir status quo golongan aristokrat melalui penggunaan istilah "jin lapar" dan "jin miskin" didalam filem Nujum Pak Belalang. "Jin lapar" ditujukan kpd beliau (oleh anaknya, Belalang..) dan "jin miskin" ditujukan kpd dua penyamun (lakunan Aziz Satar dan S.Shamsuddin) yg telah mencuri kalung pusaka milik Tuan Puteri SiBujur Sirih dan dastar (songkok...) kebesaran diraja Sultan Shahrul Nizam.

Mengapa istilah "jin lapar" dan "jin miskin" digunakan? Bukankah mereka yg dibabitkan dgn istilah itu merupakan manusia biasa (??), bukannya "mambang" atau "orang bunian". Sudah tentu ini merupakan suatu "slapstick" atau tamparan kecil utk sang aristokrat yg sentiasa bergelumangan dgn hidup yg bergemerlapan, bergelumang kuasa, kekayaan, hartabenda, intan permata dan keduniaan... Manakala hamba-rakyat yg terpinggir akan terus terpinggir dlm kemiskinan. Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang...kelaparan tanah, keperluan asasi dan lain-lain.

Dalam pada itu ada yg memutuskan utk menjadi "jin miskin" atau penyamun sebagai cara mereka menyara hidup. Kemiskinan menghimpit mereka utk bertindak dgn lebih agresif demi survival. Soal kehidupan adalah soal survival. Terkadang orang menjadi terlalu taksub hingga menjadikan teori "the survival of the fittest" sebagai teori dan falsafah hidup mereka. Namun hari ini falsafah ini telah menjadi konsep asas dlm manusia berpolitik. Hanya mereka yg paling kuat dan gagah sahaja akan "survive" atau terselamat....manakala yg lemah akan kecundang ditengah jalan dan hancur dilanda gelombang ganas perebutan kuasa..!

Pada zaman ini jumlah "jin lapar" dan "jin miskin" kian meningkat dari masa ke masa. Dalam ketidaksedaran kita, "jin merempat" dan "jin melarat" semakin berkembang-biak terutamanya di wilayah bandaran. Mereka hidup dalam kongkongan kemelaratan yg terlalu bangsat utk dibincangkan... Mereka bernafas dalam lanskap sosioekonomi yg dicengkam oleh tangan-tangan syaitan berbentuk manusia. Riba' dan rasuah berkembangbiak bagai ulat-ulat yg berkembang didalam kolam najis. Hari ini "jin-jin" serta "pari-pari" yg wujud bukan seindah filem Nujum Pak Belalang atau Sumpah Orang Minyak... "Jin-jin" yg lahir pada zaman ini perlu berperang dgn kehidupan itu sendiri utk terus hidup dan bernafas....!

Wednesday, March 27, 2013

P.RAMLEE: GURU BAHASA MELAYU YG HEBAT

Walaupun tidak pernah belajar hingga ke menara gading, tapi penguasaan dan penggayaan bahasa yg digunakan oleh oleh beliau dalam filem mahupun senikata lagu bukan kepalang hebatnya. Belum ada sarjana Bahasa Melayu yg berani menyanggah hakikat ini. Hingga ke hari ini pengaruh bahasa bawaan P.Ramlee terus meluas dan diperluaskan tanpa disedari oleh masyarakat terkini. Apakah rahsia beliau....?

BAHASA yang digunakan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya adalah bahasa Melayu yang mudah tetapi cukup hebat untuk kekal jadi ikutan masyarakat kontemporari. Selain dari bahasa Melayu "standard", beliau juga rajin meneroka bahasa-bahasa sub etnik dan digunapakai secara optimum disana-sini dalam filemnya. Sebagai contoh, filem "Masam-Masam Manis" telah mengetengahkan bahasa Kedah dan Penang melalui watak Norkiah dan ibunya. Dalam filem "Nasib Do Re Me", bahasa loghat Perak telah digunakan oleh watak Pak Lebai di sebuah warung kopi.

Dalam filem "Kancan Tirana", P.Ramlee telah melakukan eksperimentasi bahasa dengan memperbanyakkan penggunaan perkataan "anda" dan lain-lain perkataan yang dianggap baru pada ketika itu. Meskipun agak kaku, mesej filem masih dicapai. Tetapi eksperimentasi dalam filem "Ahmad Albab" yang cuba menggunakan loghat Arab mungkin dianggap agak berlebihan lantaran filem tersebut ialah sebuah filem drama, bukan komedi seperti filem "Ali Baba Bujang Lapuk". Filem "Ali Baba Bujang Lapuk" dianggap cukup berjaya kerana eksprementasi kepelbagaian bahasa yang amat mengesankan. Malahan filem ini juga telah mengkritik cara kita bercakap melalui dialog berikut: "....lain kali kalau cakap biar terang...!"

Dalam filem "Seniman Bujang Lapuk", P.Ramlee telah membidas tatacara watak "Sudin" yang berbahasa kasar melalui dialognya yang berikut: "....bahasa menunjukkan bangsa...!" Ia merupakan sindiran tajam utk penganut-penganut bahasa kasar dan biadab....

Mungkin P.Ramlee tidak pernah ke kolej bahasa, tetapi pengamatan beliau terhadap kepentingan bahasa telah diserlahkan melalui filem dan lagu-lagu beliau. Bahasa beliau mungkin cuma bahasa harian yang mudah dan ringkas. Tetapi hakikatnya ia cukup maju secara perbandingan waktu. Dalam ertikata lain, beliau cukup prihatan, matang dan "terpelajar" dalam aspek bahasa seawal tahun 50an lagi dan "keterpelajaran" itu telah diperjuangkan melalui lagu dan filem-filem beliau di sepanjang hayat. Belum ada profesor mahupun sarjana bahasa yg benar-benar menyerlah dan berupaya mengatasi beliau. Ini jelas merupakan "bakat" yg telah dibekalkan Allah Taala kpd makhluk yg bernama Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih.

Ringkasnya, walaupun bukan seorang guru profesional atau pensyarah bahasa, beliau memiliki cara tersendiri untuk dilihat sebagai "GURU BAHASA MELAYU". Meskipun adakalanya perkataan-perkataan yg digunapakai terlalu kasar bunyinya (.....misalnya: "...dah buang tebiat? ....nak mampus...?"; "...cilaka punya penyamun....!") dan adakalanya diselang-seli dgn perkataan Inggeris (....misalnya: "....awas, belacan ini ana smuggled dari Malaya daaa....!"; ".....patik kena kidnapped yaa Tuanku...!"; "....anak datuk memang tip-top.....ada classed....!  ....Anak Bapak laa katakan...!"), namun keupayaan beliau memang cukup cemerlang berbanding dgn pengarah-pengarah seangkatannya mahupun yg terkini.

Maka, memang layak beliau dinobatkan sebagai "GURU BAHASA MELAYU" tanpa keraguan lagi...!

Monday, March 11, 2013

PERKONGSIAN PINTAR ALA P.RAMLEE

P.RAMLEE antara lain paling gemar membentangkan kisah hidup golongan kelas bawahan (atau lebih tepat disebut sebagai kelas ploretariat atau marhaen). Tetapi gaya penceritaan akan dibezakan dari satu filem ke filem yg lain walaupun konsep atau falsafahnya masih kekal. Kali ini mari kita fokuskan perbincangan kpd kehidupan di bilik sewaan.

Dalam filem "Masam-Masam Manis" P.Ramlee telah mengisahkan suatu peristiwa pertengkaran antara penghuni-penghuni di "Lodging Mak Minah" di Kuala Lumpur. Yg menarik disini, gambaran yg membabitkan kehidupan di bilik sewaan seperti rumah kongsi yg mengandungi kompartmen bilik-bilik kediaman tersendiri adalah suatu perkara yg menarik dan sukar utk ditemui pada hari ini. Idea sebuah apartmen yg mengandungi bilik-bilik yg disewapakai oleh manusia atau famili yg berbeza tetapi berkongsi dapur dan bilik air adalah suatu idea tradisional yg semakin lesap pada hari ini. Konsep "perkongsian pintar" seperti ini sudah tidak dapat diterimapakai oleh masyarakat kontemporari yg terlalu taksub kpd individualistik dan materialistik...

Sebelum itu, dalam filem "Bujang Lapuk", tiga rakan baik yg terdiri dari Aziz, Sudin dan Ramlee digambarkan hidup berkongsi menyewa bilik di sebuah rumah besar milik janda yg bernama Normah. Didalam filem "Seniman Bujang Lapuk", setting rumah yg digunakan adalah seperti dalam filem "Bujang Lapuk". Ketiga-tiga rakan itu masih menyewa sebilik.

Rumah yg pernah menjadi tempat kelahiran seorang seniman besar di Pulau Pinang....

Seperti dalam dua filem yg lain, ragam hidup para penghuni yg berbeza bilik akan akan pasti memberi kesan sampingan kpd yg lain. Contohnya, jika ada suami-isteri yg berkelahi, maka seluruh "penduduk" di rumah sewa berkenaan akan terganggu. Jika ada yg membuat bising, pasti ada yg terancam dgn kebisingan itu. Jika ada yg mengamuk di tengah malam atau menghidupkan motosikal kuasa tinggi, semua jiran di sebelah akan turut "berjaga malam" lantaran tidak dapat tidur dek bunyi yg memekakkan telinga. 

Hidup menyewa dalam keadaan sebegini sememangnya tidak aman dan perlukan kesabaran tinggi. Jika tidak, perang besar pasti terjadi sepanjang hari. Lantas, ia memerlukan "orang tengah" utk meleraikan sebarang pertengkaran dikalangan mereka.

Demikianlah kehidupan golongan marhaen yg terpaksa menyewa di bilik-bilik sempit dlm sebuah rumah atau "lodge" kos rendah. Tetapi intipati dari coretan ini ialah, kita perlu menghargai hidup ini dan belajarlah utk memberi ruang serta peluang hidup kpd golongan terhimpit dan tertindas. Jangan sampai kita jadi lupa daratan dan turut menjiwai sebahagian dari kekejaman makhluk yg kejam dan zalim di mukabumi ini.

Sayangilah golongan miskin, anak-anak yatim dan mereka yg tertindas!

Sunday, August 5, 2012

P.RAMLEE: ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Dalam filem Nasib Si Labu-Labi yg diterbitkan pada tahun 1962, terdapat satu adegan di pementasan dimana lagi "Allah Selamatkan Kamu" telah dinyanyikan utk Haji Bakhil sebagai menghargai sumbangannya utk sebuah sekolah Anak-anak Yatim. Lagi yg sama juga telah digunakan utk filem "Tiga Abdul" yg  dfiterbitkan pada tahun 1964. Lagu ini dinyanyikan bagi merai harijadi ke-71 saudagar kaya Tuan Ismet Ulam Raja, bapa kpd "Tiga Abdul".

Yg menarik dgn lagu ini bukanlah iramanya. Tetapi senikatanya yg lebih Islamik. Berbanding lagu "Happy Birthday To You" hasilan darat yg samasekali tidak berlandaskan elemen ketuhanan, lagu "Allah Selamatkan Kamu" cukup mengingatkan kita kpd ketuhanan yg Maha Esa, iaini Allah Taala. Ini bererti P.Ramlee sebenarnya amat prihatin terhadap aspek ketuhanan walaupun dlm penciptaan lagu.

Malangnya hari ini masyarakat cukup terjajah dgn lagu ciptaan barat. Rata-rata orang Melayu kontemporari sudah sebati dgn lagu2 barat dan bagi mereka lagu hanyalah sekadar lagu. Tidak lebih dari itu. Bagi mereka lagu tidak mengandungi nilai atau mesej. Ia sekadar halwa di telinga semata-mata. Mungkin sedikit-sebanyak ada kesan emosi. Namun ia tidak lebih dari sekadar musik atau seni utk cari makan bagi golongan yg tersisih dari arus perdana pendidikan atau kuasa kapitalisme....

Kesimpulannya, P.Ramlee sekali lagi telah memecah tradisi dgn mencipta lagu keraian dgn memasukkan unsur-unsur ketuhanan dalam musik dan filemnya secara spontan. Hakikatnya, ia merupakan suatu kaedah berdakwah melalui pendekatan seni lagu dan musik.


Wednesday, February 23, 2011

P.RAMLEE: IDEA-IDEA SAINTIFIK DALAM FILEM BELIAU

JIKA kita melakukan satu tinjauan ringkas keatas filem-filem P Ramlee, maka kita akan menemui banyak pemikiran-pemikiran saintifik berlegar-legar disana-sini. Dan ia bukan sekadar suatu angan-angan kosong dan bodoh. Sebaliknya ia merupakan pemikiran-pemikiran yang cukup terkehadapan (very advance) dalam konteks masyarakat waktu itu.

Sebagai contoh, dalam filem Ali Baba Bujang Lapok (diterbitkan pada tahun 1961), P Ramlee yang bertindak selaku "chief" atau ketua penyamun dalam filem tersebut telah menggunakan "password" atau katakunci khas dalam bentuk nyanyian singkat (dalam bahasa jawa) untuk membuka pintu gua yang menjadi sarang dan stor simpanan harta rompakan para penyamun beliau. Untuk menutup pintu gua tersebut, satu set nyanyian lain (juga dalam bahasa jawa) perlu digunakan. Bagi penonton umum, ia memang melucukan. Tetapi, pada hakikatnya P Ramlee sebenarnya mencabar para saintis (samaada dalam atau luar negara) supaya melakukan penyelidikan dan mencipta teknologi-teknologi bangunan yang canggih serta berkeselamatan tinggi.

Dalam filem Nujum Pak Belalang, P Ramlee mengetengahkan idea GPS (global positioning system) dan CCTV (close circuit televideo system) melalui air jampi Pak Belalang. Mungkin lebih canggih dari itu. Ini kerana alat GPS hanya memberi panduan lokasi secara grafik. Sebaliknya air jampi Pak Belalang mampu memberikan gambaran tiga dimensi (3D) yang cukup jelas sebagaimana gambaran video atau telefon mudah alih tercanggih serta sistem CCTV yang beresolusi tinggi sekarang.

Misteri alam bunian yang serba mistik, indah dan unik (yang dipaparkan melalui filem Sumpah Orang Minyak) juga turut memperlihatkan aspek saintifik yang cukup kontroversial dan mencabar pandangan para saintis modern. Isu alam ghaib yang tidak terdaya dilihat oleh mata kasar manusia pasti akan sentiasa menjadi perbahasan golongan yang bergelar saintis. Ada yang sudahpun memulakan langkah dengan mencipta alat-alat yang (kononnya) boleh mengesan aktiviti-aktiviti paranormal atau makhluk-makhluk ghaib. Dalam ertikata lain, P Ramlee sekali lagi menjemput para saintis untuk memikirkan dan menerokai suatu alam atau dunia maya lain selain dari dunia kasar yang dapat dilihat oleh mata manusia.

Cukuplah tiga filem ini sebagai contoh ringkas. Sebagai seorang pemikir budaya, P Ramlee bukan sekadar mengajak masyarakat untuk menikmati hiburan ringan dari filem-filem beliau. Sebaliknya, ada mesej-mesej yang sebenarnya cukup berat untuk disampaikan beliau kepada semua. Bukan sekadar slapstick bebal yang tidak bermaruah. Tetapi wawasan-wawasan yang berat, cukup saintifik dan cukup bertanggungjawab.

Itulah P Ramlee!